Tags

, , , , ,

Sekadar Hiasan

mulanya sebuah cerita:——>
Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah
Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik
bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong
siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik
main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv
dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah
balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi
kalau tak balik juga jom kita pergi cari
Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin.
Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang
sama. Mak jawab penuh perhatian.
Mak ambil berat di mana anak-anak
Mak dan bagaimana keadaan anak-
anak Mak setiap masa dan setiap
ketika.

Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah
basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju
barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab,
“Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari
Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, “Mana Mak?”
Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa
menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya
mengangkat bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan
Adik yang sedang melayan facebook.
Ayah tahu yang Ayah tidak akan
dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak.
Tidak ada siapa merasa ingin tahu di
mana Mak. Mata dan hati anak-anak
Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan
hati Ayah yang mencari-cari di mana
Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu
setiap kali ayah bertanya, “Mana
Mak?”
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak
ni dah senja-senja pun merayap lagi.
Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-
kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari
mendakap Mak apabila balik dari
sekolah. Mereka akan tanya “Mana
Mak?” apabila Mak tidak menunggu
mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, “Mana Mak.”
Apabila dapat nombor 1 atau kaki
melecet main bola di padang sekolah.
Mak resah apabila anak-anak Mak
lambat balik. Mak mahu tahu di mana
semua anak-anaknya berada setiap
waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar.
Sudah lama anak-anak Mak tidak
bertanya ‘Mana Mak?”
Semakin anak-anak Mak besar, soalan
“Mana Mak?” semakin hilang dari
bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu
menunggu Mak. Ayah resah
menunggu Mak kerana sudah senja
sebegini Mak masih belum balik. Ayah
risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak
selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan Mak berjalan
memakai payung yang sudah uzur.
Besi-besi payung tercacak keluar dari
kainnya. Hujan masih belum berhenti.
Mak menjinjit dua bungkusan plastik.

Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan
bawa sesuatu untuk anak-anak Mak
apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak
berhenti di depan deretan kereta
anak-anak Mak.

Mak buangkan daun-
daun yang mengotori kereta anak-
anak Mak. Mak usap bahagian depan
kereta Ateh perlahan-lahan. Mak
rasakan seperti mengusap kepala Ateh
waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua
bibir Mak diketap repat. Senyum
tertahan, hanya Ayah yang faham.

Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa
mengusap kepala anak-anak seperti
masa anak-anak Mak kecil dulu.
Mereka sudah besar. Mak takut anak
Mak akan menepis tangan Mak kalau
Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak
berdiri megah. Kereta Ateh paling
gah. Mak tidak tahu pun apa
kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma
suka warnanya. Kereta warna merah
bata, warna kesukaan Mak.

Mak belum merasa naik kereta anak Mak
yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah
tutupkan payung mak. Mak bagi
salam. Salam Mak tidak berjawab.
Terketar-ketar lutut Mak melangkah
anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk
ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja.
Sebungkus rebung dan sebungkus
kueh koci pemberian Mak Uda untuk
anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-
anak Mak suka makan kueh koci dan
Mak malu untuk meminta untuk bawa
balik. Namun raut wajah Mak sudah
cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh
koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat
berkata kepada Mak Uda, “Wah
berebutlah budak-budak tu nanti
nampak kueh koci kamu ni.”

Sekurang-kurangnya itulah bayangan
Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak
sedang gembira menikmati kueh koci
sebagimana masa anak-anak Mak kecil
dulu. Mereka berebut dan Mak jadi
hakim pembuat keputusan muktamad.
Sering kali Mak akan beri bahagian
Mak supaya anak-anak Mak puas
makan. Bayangan itu sering singgah di
kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang
basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring
Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak
Mak makan kueh koci. Tidak seorang
pun yang menoleh kepada Mak. Mata
dan hati anak-anak Mak sudah bukan
pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan
keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh
mengharapkan anak-anak melompat-
lompat gembira dan berlari
mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak
menyuap nasi perlahan-lahan, masih
mengharapkan anak-anak Mak akan
makan bersama. Setiap hari Mak
berharap begitu. Hanya Ayah yang
duduk bersama Mak di meja makan
setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan
jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah
Mak Uda di kampung seberang untuk
mencari rebung. Mak hendak masak
rebung masak lemak cili api dengan
ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak
telepon suruh anak-anak jemput. Mak
jawab, “Saya dah suruh Uda telepon
budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata
semua pnggilan tak diangkat.”

Mak minta Mak Uda telepon anak-
anak yang Mak tidak boleh berjalan
balik sebab hujan. Lutut Mak akan
sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan
di hati Mak agar salah seorang anak
Mak akan menjemput Mak dengan
kereta. Mak teringin kalau Ateh yang
datang menjemput Mak dengan
kereta barunya.

Tidak ada siapa yang
datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar
telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata
ayah, “Kita tak usah susahkan anak-
anak. Selagi kita mampu kita buat saja
sendiri apa-apa pun.

Mereka ada
kehidupan masing-masing. Tak payah
sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-
anak kita. Tak apalah kalau tak merasa
menaiki kereta mereka sekarang.
Nanti kalau kita mati kita masih ada
peluang merasa anak-anak
mengangkat kita kat bahu mereka
smpai kt kubur.”

Mak faham buah hati Mak semua
sudah besar. Along dan Angah sudah
beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan
Adik masing-masing sudah punya
buah hati sendiri yang sudah
mengambil tempat Mak di hati anak-
anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata
Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh
anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh,
Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana
mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak
ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik
dan Adik tidak sempat melihat Mak
waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi
Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak
lagi.

Dalam esakan tangisan, Along, Angah,
Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik
menerpa kubur Mak. Hanya batu
nisan yang berdiri terpacak. Batu
nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu
nisan tidak ada tangan macam tangan
Mak yang selalu memeluk erat anak-
anaknya apabila anak-anak datang
menerpa Mak semasa anak-anak Mak
kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh,
Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh
di bandar. Kata Along, Angah, Ateh,
Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak
dengar handphone berbunyi semasa
ayah telepon untuk beritahu mak
sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-
anak Mak adalah untuk orang lain
bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak
lagi. Hanya hati Mak yang tidak
pernah diberikan kepada sesiapa,
hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di
atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu
ayah yang sempat mengangkat
jenazah Mak dalam hujan renyai. (dah
la x dpt naik kete anak2. .ats bahu
anak2 pon x smpat. .hmmm. .2x
hncur harapan mak)

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak
yang akan menjawab soalan Ayah,
“Mana Along?” , “Mana Angah?”,
“Mana Ateh?”, “Mana Alang?”, “Mana
Kak Cik?” atau “Mana Adik?”. Hanya
Mak saja yang rajin menjawab soalan
ayah itu dan jawapan Mak memang
tidak pernah silap.

Mak sentiasa yakin
dengan jawapannya sebab mak ambil
tahu di mana anak-anaknya berada
pada setiap waktu dan setiap ketika.
Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak
tetapi hati anak-anak Mak ada orang
lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah
bermonolog sendiri, “Mulai hari ini
tidak perlu bertanya lagi kepada
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik
dan Adik , “Mana mak?” ”

Kereta merah Ateh bergerak perlahan
membawa Ayah pulang. Along,
Angah, Alang dan Adik mengikut dari
belakang. Hati ayah hancur teringat
hajat Mak untuk naik kereta merah
Ateh tidak kesampaian.

Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu,
“Cantiknya kereta Ateh, kan Bang?
Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-
jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan
buat kueh koci buat bekal.”

“Ayah, ayah….bangun.” Suara Ateh
memanggil ayah. Ayah pengsan
sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, “Mana
Mak?”

Ayah tidak mampu berhenti menanya
soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi
namun soalan “Mana Mak?” masih
sering keluar dari mulut Ayah
sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan
anak-anak. Kata orang hidup seorang
ibu waktu muda dilambung resah,
apabila tua dilambung rasa. Kata
Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama
dari ayah. Bayangkanlah berapa kali
ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan
dan anak-anak sebenarnya.

Solat sunat pun Allah suruh berhenti
apabila ibu memanggil. Berapa
kerapkah kita membiarkan deringan
telepon panggilan dari ibu tanpa
berjawab?renung renungkan dan
hayati hidup ibu bapa kita..

. . eppy dpt
brsama dgn anak2. .
. . sayu n sedih hati
bile brjauhan. . .
. . .Mak da xde nakkk. .yg pergi xkan
kembali. . .doa anak buat mak d sana
yee. .

*0k.. .da bce kn. .renungkan la
baik2,how we feel about this if our
childrens do d same things to
us. . .can u feel it???. .don’t be sad
bc0z we have more time to do it
bet

Advertisements