Mana Mak??!!

Tags

, , , , ,

Sekadar Hiasan

mulanya sebuah cerita:——>
Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah
Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik
bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong
siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik
main bola.”
Continue reading

Advertisements

Mengapa Rasulullah S.A.W Melarang Minum Sambil Berdiri

Tags

, , ,

Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.

Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.

Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.
Continue reading

6 Penyalahgunaan Tudung Di Akhir Zaman

Tags

, , , ,

Neelofa Bertudung Litup - Sekadar Hiasan

1. Tudung ‘Mickey Mouse’

Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga. Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.

2. Tudung Lilit

Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja. Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

Continue reading

Kisah Sedih Melayu : Susukan Anak 4 Tahun Dengan Susu F& N

Tags

, , , , ,

Salam, memang kecewa la bile Commeell bace kisah2 mcm ni .. mula lah tefikir sultan2 , perdana menteri , menteri-menteri yg dalam keadaan serba mewah . Katanya Malaysia negara yang maju , kaya .. tapi rakyat ade lagi yang miskin papa kedana .. apa nak jadi dgn pemimpin2 zaman sekarang nie ???

Anda mungkin pernah berjumpa dengan orang yang meminta pertolongan kerana hidup susah. Pelbagai persepsi negatif yang diberikan kepada orang yang meminta pertolongan ini. Tipu lah, tak mahu kerja lah, suka meminta-minta lah dan macam-macam. Kenapa ada persepsi negatif ? sebab memang ada yang berbohong susah tetapi tidak susah.

Sebenarnya, bukan semua yang berbohong. Ramai yang benar-benar susah menjadi mangsa akibat mereka yang berbohong susah. Orang benar-benar susahpun dipandang serong sedang mereka amat memerlukan pertolongan.
Continue reading

Pengalaman Seorang Tukang Mandi Jenazah

Tags

, , ,

Kisah-kisah yang ingin saya paparkan di sini kalau ia boleh menyentuh
perasaan dan ketidakselesaan muslimin-muslimat, saya mintak maaf
banyak-banyak. Niat saya hanya nak berkongsi cerita dengan para
muslimin-muslimat sekalian.

Meninggal Dunia Ketika Lepas Solat Asar

Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk mengendalikan
kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan
urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia. Beliau amat
terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. Malah beliau
juga selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timur semenanjung
dan utara selatan untuk menguruskan mana-mana jenazah yang dibawa ke masjid
yang memerlukan khidmat tangan beliau.
Continue reading

Jepun – Masjid Tidak Roboh Walaupun di Bom Atom dan Gempa Bumi

Tags

, , , , , ,

Masjid Kobe merupakan masjid pertama di Jepun. Masjid ini dibina pada tahun 1928 di Nakayamate Dori, Chuo-ku. Kobe berarti ‘gate of God atau gerbang Tuhan’.
Pada tahun 1945, Jepun terlibat dalam Perang Dunia Kedua. Serangan Jepun ke atas pelabuhan Pearl Harbour di Amerika telah membuatkan pemerintah Amerika memutuskan untuk melakukan pengeboman menggunakan bom atom pertama kali dalam peperangan.

Akhirnya Jepun kalah. Dua bandarnya, Nagasaki dan Hiroshima dibom Atom oleh Amerika. Pada masa itu, bandar Kobe juga tidak ketinggalan menerima kesannya. Bandar Kobe menjadi rata dengan tanah.

Ketika bangunan di sekitarnya hampir rata dengan tanah, Masjid Muslim Kobe tetap berdiri tegak. Masjid ini hanya mengalami keretakan pada dinding luar dan semua kaca jendelanya pecah.
Continue reading

Motivasi : Petua Mencuci Hati (Datuk Dr Hj Fadzilah Kamsah)

Tags

, , ,

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara Bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
Continue reading

Mimpi Berjumpa Nabi Muhammad S.A.W

Tags

, , ,

Hayatilah suatu kisah yang amat berharga ini.. semoga ia mampu memberi pedoman & pengajaran buat kita

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dari seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
Continue reading

Sedapnya Buah Zaitun dan Minyaknya

Tags

,

Dulu-dulu saya tak minat buah zaitun ni sampailah kena paksa, baru saya cuba. Kena makan habis 1 tin pulak tu. Tapi bila dah cuba, sedap pula. Kadang-kadang boleh habis 1/3 tin sekali makan.

Minyak nya pula saya selalu guna untuk masak sebab memberikan aroma kepada masakan dan mengikut kajian, minyak ni elok untuk kesihatan . Kalau bakar ikan guna minyak olive, ya Allah, wangi nya. Memang sedap.

Beberapa hari lepas, baru saya perasan yang Allah dah ceritakan pada kita dalam Quran pasal minyak zaitun yang Allah sediakan untuk kita sebagai penambah selera. Menarik kan.

Dan (Kami tumbuhkan) pohon(zaitun) yang tumbuh dari Gunung Sinai, yang menghasilkan minyak, dan bahan pembangkit selera bagi orang-orang yang makan. – Al-Mu’minun (23:20)

Continue reading

Bermanis Muka di Dalam Islam

Tags

, , ,

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi
seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan
murung lelaki itu mengadu,’Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak
pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya
masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga
bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang
dan kehidupan saya penuh kesulitan?’

Sang Guru menjawab sederhana, ‘Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak
mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun
wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW,
salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga
kepadanya.’ Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki
penampilannya.
Continue reading